"Andainya aku, punya waktu..
masih ingin ulang semula
saat indah bersama......"
Ingat kat arwah atuk ngan nenek. Sebak je rasa. Atok ngan nenek dah selamat sampai ke dunia lain. Bila agaknya masa kita akan tiba untuk dijemput kesana?
"kerna waktu berputaran, bimbang x berkesempatan...."
Cukup ke amalan? Dah bersedia ke? Moga Allah panjang kan umur. Moga Allah beri kesempatan untuk terus beramal. Moga Allah beri peluang untuk bertaubat.
Kita berharap agar diberi peluang. Tapi pernah ke kita guna kan peluang yg sentiasa diberi? Terasa sombong dan bongkak bila melangkah di bumi. Terasa yg mati tu x kan datang. Terasa seluruh harta dan kekayaan dpt membeli tiket ke syurga.
"demi sebuah kenyataan, yang amat menyakitkan...."
Bila kita rasa kita ditindas ke salah kan takdir. kita cakap dunia nie x adil. bila kita tgk org lain senang, kita marah kan tuhan kerana di beri kesusahan. bila Allah bg kesenangan kita lupa kan kesusahan yg pernah kita alami. lupa asal dan diri.
kita hanya ingat tuhan bila kita susah. tp bila senang? sedangkan Allah sedikit tak lupakan kita walau susah senang nye kita. Subahanallah....malu nya....semoga kau tetapkan hati kami.
"aku yg tidak berdaya, hanya berserah pada-Nya...."
Ya Allah, kau tetapkan la hati kami. berilah hidayah kepada kami. tunjuk kan kami jalan untuk menuju Mu. Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Mu. Jgn kau palingkan hati kami.
"...melahirkan kerinduan kepada Mu"
Bingkisan ringkas nun jauh disudut hati, mengigati diri sendiri bahawa dunia hanya sementara. Semoga diberi kekuatan menumpa liku kehidupan. berpesan2 mengingat2.
"kepada-Nya ke memohon keampunan, memlalui-Nya ku beri kemaafan...."
Nokia Lumia 710 always rock!!!
2 days ago










