Wednesday, December 28, 2011

Mencari Keredhaan Allah


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua...awal mr.lopez smpi opis ari nie. biasa nganm2 nak 8.30..br smpi. k pagi nie mr.lopez nak kongsi skit tazkirah untuk kita semua. mencari keredhaan Allah. ye la kita ni hidup atas bumi Dia kan. klu Allah x redha cam mana kan. mr.lopez ringkas kan aje yer... panjang2 nnt malas plak nak baca kan.


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.


2.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.


3.
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.


4.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.


5.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


6.
Jauhilah sifat-sifat mazmummah dan hadirkanlah sifat-sifat mahmuddah.

7. lakukanlah perkara perkara yang di sunatkan, tanpa susah payah, kerana Dia tidak memberati kamu dengan sesuatu yang kamu tidak menyanggupi

8. perbanyakkan amalan soleh, amalan kebajikan, hormati dan khidmatkan ibubapa, hormati jiran tetangga, sedekah, amal jariah membantu, rumahtangga keluarga dan jiran, dan umunya sekalian muslimin muslimat, buat kebaikan kepada semua

9. sentiasa, beristighfar, bertaubat dari segala kelemahan, semuga Dia ampunkan, juga DIA sukakan manusia yang mahu bertaubat


Sebenarnya, byk amalan2 yang boleh kita buat untuk mendapat keredha'an-Nya. Demi mencari dan mendapatkan redha ALLAH SWT jangan bagi peluang pada
diri untuk mencari alasan agar tidak beribadah dan lalai dalam mengingati
ALLAH SWT.

Apa sahaja yang dimiliki di dunia ini akan di tinggalkan dan alangkah ruginya
kepada sesiapa yang memberi berbagai alasan untuk tidak beribadah kepada
ALLAH kerana di akhirat nanti hanya azab azab yang menanti mereka dan
sebaliknya beruntunglah kepada sesiapa yang tahu tujuan hidupnya di lahirkan
ke dunia ini.

Jika seseorang itu kaya ,banyak harta sehingga sehingga tidak sempat beribadah
kerana terlalu sibuk menguruskan hartanya namun ketahuilah Nabi Sulaiman as
kekayaannya melimpah limpah tetapi baginda tidak pernah lalai dan leka dalam
beribadah.Kemiskinan juga bukan alasan kerana Nabi Isa as lebih lagi miskin.kesakitan
atau apa sahaja bala bencana juga bukan alasan sehingga kita lupa untuk beribadah
kerana Nabi Ayub as lebih sengsara lagi hidupnya namun beliau tetap taat beribadah
serta sentiasa redha pada kekuasaan ALLAH SWT.


0 comments:

Post a Comment

tabung duit saya

Share it

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...